Menerangkancara menulis perenggan pendahuluan menggunakan teknik misop formula. Novel Pantai Kasih Nota dan Soalan Komsas Tingkatan 4 SPM Bahasa Malaysia KOMSAS SPM Kandungan Sinopsis Pantai Kasih Novel Pantai Kasih adalah Komsas SPM Tingkatan 4. 100 karangan contoh pmr dan. Contoh Karangan Tingkatan 1. ٩ ذو القعدة ١٤٤٣ هـ.
. . Sinopsis, Tema, Persoalan, Plot, Watak dan Perwatakan, Latar Tempat, Latar Masa, Latar Masyarakat, Teknik Penulisan, Gaya Bahasa, Nilai, Pengajaran Novel Pantai Kasih K2 Nota-Nota Komsas Tingkatan 4. Komponen sastera dan novel BM / bahasa melayu. Semoga perkongsian nota-nota rujukan bahasa melayu, contoh-contoh karangan, bahan-bahan pembelajaran dan pengajaran SPM Sijil Pelajaran Malaysia, tingkatan 4, tingkatan 5 dalam post di blog Bumi Gemilang berguna dan dapat membantu para pelajar dan pengguna. . K5 Sinopsis, Tema, Persoalan, Watak dan Perwatakan, Latar Masa, Latar Tempat, Latar Masyarakat, Teknik Plot, Nilai, Pengajaran . Novel Pantai Kasih K Bahasa Melayu Novel-Novel Tingkatan 4, 5 Bahasa Melayu Tingkatan 4, 5 Cerpen, Sajak, Pantun, Syair, Drama … English Novel + Literature Component Tingkatan 4, 5 ………………………………………………………………………………….. Untuk Rujukan Tingkatan SPM, 4 dan 5 Soalan Peperiksaan, Nota, Jawapan, Latihan… . Rujukan SPM Tingkatan 4 dan 5 Soalan Peperiksaan Percubaan, Nota, Jawapan, Latihan …. Untuk Rujukan Tingkatan 4 Soalan Peperiksaan, Nota, Jawapan, Latihan… . Rujukan Tingkatan 4 Soalan Peperiksaan, Nota, Jawapan, Latihan … ………………………………………………………………………………….. Komsas Bahasa Melayu Antologi Tingkatan 4 dan 5 Cerpen, Sajak, Pantun, Syair, Drama, Prosa Tradisional … . Antologi Bahasa Melayu Tingkatan 4 dan 5 Novel Bahasa Melayu Tingkatan 4 dan 5 . Novel Bahasa Melayu Tingkatan 4 dan 5 English Forms 4 and 5 Novel + Literature Component Poem, Short Story, Drama … . English Forms 4 and 5 Novel + Literature Component ……………………………………………………………………… Untuk mendapatkan segala Maklumat Terkini atau Updates blog Bumi Gemilang. 1 Follow / Like Bumi Gemilang Facebook Page. 2 Join / Sertai 2 Telegram Groups blog Bumi Gemilang. Join / Sertai 2 Telegram Groups To Follow Blog Bumi Gemilang 3 Follow Twitter blog Bumi Gemilang. 4 Follow Google+ blog Bumi Gemilang. …………………………………………………………………………………. . Untuk Kertas Soalan Peperiksaan SPM, Nota dan Latihan yang lain, . …………………………………………………………………………………. . Terima Kasih kerana membaca post ini. .baca Post-Post mengikut SUBJEK dan KATEGORI .
PantaiKasih Pengajaran from berjaya seseorang mesti ada . Novel pantai kasih k5 sinopsis tema persoalan nilai pengajaran . Komsas 1 docx novel pantai kasih karya azmah nordin konsep asas kajian. Pengajaran (novel tingkatan 4) pengajaran kita hendaklah mempunyai matlamat hidup.
Novel Pantai Kasih Pengajaran Novel Tingkatan 4 PENGAJARAN Kita hendaklah mempunyai matlamat hidup. Untuk Berjaya seseorang mesti ada matlamat hidup. Raiha Berjaya menjadi seorang pakar bedah setelah belajar bersungguh-sungguh dalam pelajaran. Walaupun cita-cita Raiha untuk menjadi pakar bedah tidak direstui tetapi dengan matlamat hidup yang jelas, cita-cita Raiha akhirnya Berjaya dikecapi. Kita hendaklah menghormati hak orang lain Setiap orang mempunyai hak. Hak orang lain perlu dihormati. Unong Siron berhak untuk mendapat kesihatan baiknya semula, tetapi Pusat Rawatan Pantai Kasih telah menyebabkan wang insurans akibat kemalangan jalan raya anaknya itu dihabiskan untuk membayar kos enam kali pembedahan. Pusat Rawatan Pantai Kasih tidak menghormati hak pesakitnya. Kita hendaklah bertanggungjawab terhadap perkara yang dilakukan Apabila seseorang melakukan sesuatu perkara, dia seharusnya bertanggungjawab sepenuhnya terhadap apa-apa tindakan yang diambil. Doktor Sadiz tidak bertanggungjawab menyalahkan Raiha atas kematian anak perempuannya. Dia merahsiakan perkara sebenar yang berlaku dan menghukum Raiha atas peristiwa hitam itu. Kita hendaklah prihatin terhadap orang lain. Kesukaran yang dihadapi oleh golongan pertengahan terutama melunaskan bayaran pembiayaan perubatan haruslah diberikan perhatian. Bukan semua orang mampu untuk membayar sejumlah wang apatah lagi telah dijanjikan untuk menerima rawatan yang terbaik. Ibu Unong Siron berusaha dan tidak lokek untuk membelanjakan wang insurans anaknya demi melihat anaknya kembali lincah dan sihat seperti anak orang lain. Kita hendaklah tekun belajar untuk menjamin masa depan yang lebih cerah. Ketekunan seseorang akan membuahkan hasil pada masa hadapan. Raiha tekun belajar untuk mencapai cita-citanya sebagai pakar bedah seperti ayahnya juga. Walaupun ditentang oleh ayahnya, Raiha mempunyai matlamat hidup dan belajar dengan tekun hingga cita-citanya sebagai pakar bedah tercapai juga. Kita hendaklah tabah menghadapi kesukaran hidup. Raiha tabah menghadapi dugaan dan kesukaran hidup. Walaupun ditentang oleh ayahnya, Raiha tetap tabah dan belajar bersungguh-sungguh dan akhirnya dia menjadi pakar bedah di Pusat Rawatan Pantai kasih. Raiha juga dimarahi oleh Doktor Sadiz kerana tidak mahu menggugurkan anak cacat yang dikandunginya sering menjadi bahan kemarahan Doktor Sadiz. Kematian anak perempuannya iaitu Rohayu memberikan tamparan yang besar kepada Raiha, namun dia tabah menghadapi semuanya itu walaupun mendapat cemuhan dan tentangan daripada suaminya Doktor Sadiz. .
\n\n\n tema pantai kasih tingkatan 4
Viewflipping ebook version of Modul Impresif Pantai Kasih Tingkatan 4 (1SVM) published by arif79imran on 2020-04-17. Interested in flipbooks about Modul Impresif Pantai Kasih Tingkatan 4 (1SVM) ? TEMA Novel Pantai Kasih bertemakan ketabahan seorang wanita menghadapi pelbagai rintangan dan konflik dalam kehidupannya.
Novel Pantai Kasih Tema Novel Tingkatan 4 TEMA Ketabahan seorang wanita menghadapi pelbagai rintangan dalam hidupnya. Tabah menghadapi kematian anak peremuannya Raiha tabah menghadapi kematian anak perempuannya. Anak perempuan tunggalnya itu adalah seorang anak istimewa, berkromosom lebih iaitu down sinDoktorom’. Sejak mengetahui keadaan anaknya dalam kandungan, suaminya meminta agar kandungan itu digugurkan, namun Raiha tetap mahu melahirkan anak tersebut walaupun mendapat tentangan daripada suaminya. Selain diminta agar anak tersebut dihantar ke asrama yang mengasuh anak istimewa seperti Rohayu atau Ayu itu, namun Raiha bertegas untuk memelihara sendiri dan menghabiskan masa dengan anaknya itu menyebabkan Doktor Sadiz berada kecewa kerana isterinya itu melebihkan anaknya daripada dia. Kedegilan Raiha menyebabkan suaminya berasa marah dan membakar kereta mewah yang dibawa oleh Raiha untuk melarikan diri. Tiba-tiba kanak-kanak istimewa itu berada di tempat kejadian dan tidak semena-mena tersambar api kereta yang sedang marak itu sehingga rentung. Kematian anaknya itu amat menyiksakan jiwa Raiha yang tetap menyalahkan bahawa Doktor Sadizlah dengan sengaja membakar anaknya itu. Tabah menghadapi kegagalan rumah tangganya Kegagalan rumah tangga antara Raiha dan suaminya Doktor Sadiz disebabkan keengganan Raiha mendengar nasihat suaminya agar menggugurkan kandungannya yang didapati cacat atau down sinDoktorom’. Raiha juga melebihkan perhatian kepada anaknya apabila sudah dilahirkan menyebabkan kemarahan suamnya berganda. Kejadian kematian anaknya akibat disambar api kereta mewah yang sedang marah merupakan kemuncak kemarahan suaminya, apatah lagi setelah bekas suaminya menang kes dalam mahkamah dalam menentukan kesalahan siapakah punca kematian anaknya itu. Akibat saksi utama tidak muncul dalam perbicaraan, bekas suaminya yang menggantung perkahwinannya sehingga akhir hayat menang dalam kes tersebut dalam perbicaraan di mahkamah keluarga, dengan bangga dan sinis senyum dan melafazkan dia tidak akan melepaskan Raiha melainkan meninggalkannya tergantung-gantung sepanjang hayatnya. Kegagalan dalam rumah tangga itu dihadapi dengan tabah walaupun sanak saudaranya pada peringkat awal menyokongnya tetapi semakin berkurangan selepas peristiwa itu. Tabah menghadapi bangkangan ayahnya untuk menjadi pakar bedah Raiha tabah menghadapi bangkangan ayahnya terhadap cita-citanya hendak menjadi pakar bedah. Ayahnya berkeras agar Raiha tidak meneruskan niat untuk menjadi pakar bedah sepertinya kerana beranggapan bahawa tugas sebagai seorang pakar bedah hanya mampu dilakukan oleh orang lelaki sahaja yang tahan dari segi fizikal dan mental. Namun pandangan ayahnya itu dibangkang oleh Raiha dan meneruskan ketekunan belajar untuk menjadi seorang pakar bedah yang Berjaya. Selepas berkhidmat dalam bidang itu di sebuah hospital kerajaan akhirnya selepas beberapa tahun Raiha mengambil keputusan menerima pelawaan untuk bekerja di Pusat Rawatan Pantai Kasih. Tabah menerima tugas membedah Raiha tabah menerima tugas membedah Unong Siron walaupun tahu sepatutnya pembedahan tersebut dilakukan oleh Doktor Uwang tetapi atas kepercayaan yang diberikan menjadikan dia setuju untuk membedah pesakit itu buat kali keenam. Dia melakukan dengan sebaik mungkin supaya Unong Siron akan dapat mengakhiri penderitaan kesakitannya selepas itu. Raiha juga tabah dalam membuat keputusan untuk membedah Doktor Uwang yang mengalami kecederaan teruk pada pergelangan tangan dan tempurung lutut doktor itu supaya dapat menyelamatkan doktor itu yang mengalami kemalangan selepas merempoh tembok Pusat Rawatan Kasih. Tabah menghadapi penceroboh Apabila Pantai Kasih dicerobohi oleh seorang pemuda berumur dua puluhan yang merupakan bekas pelajar perubatan yang tidak menamatkan pelajarannya, Raiha tabah dan mencari jalan untuk mengatasi masalah tersebut. Doktor palsu tersebut memang mencarinya dan melakukan panggilan palsu sebelum ini. Dalam saat getir menenangkan penceroboh tersebut dan setelah ditenangkan oleh ibu Unong Siron yang secara kebetulan mengenali pemuda itu, Raiha memberikan pendapat bahawa pemuda tersebut diminta membantunya merawat Unong Siron yang tenat di hospital lain. Pemuda tersebut bersetuju diiringi ke hospital tempat anak ibu Unong dirawat dan akhirnya diberkas. Tabah menerima berita punca kematian anaknya. Setelah beberapa peristiwa hitam yang dihadapi oleh Raiha sebelum ini menjadikan dia seorang yang tabah apabila mengetahui punca sebenar kematian anaknya selepas Sister Felicia Landosi menceritakan perkara sebenar yang berlaku. Raiha tabah dengan berita punca kematian anaknya itu dan menganggap mereka adalah mangsa keadaan. .
.
  • mwpwaq1na4.pages.dev/349
  • mwpwaq1na4.pages.dev/317
  • mwpwaq1na4.pages.dev/179
  • mwpwaq1na4.pages.dev/294
  • mwpwaq1na4.pages.dev/360
  • mwpwaq1na4.pages.dev/388
  • mwpwaq1na4.pages.dev/167
  • mwpwaq1na4.pages.dev/311
  • mwpwaq1na4.pages.dev/40
  • tema pantai kasih tingkatan 4